Wednesday, 25 October 2017
Ajensi Pengiklanan
Apa itu Ajensi Pengiklanan ?
Ajensi Pengiklanan adalah sebuah agensi yang membantu pelanggan yang mempunyai perniagaan sendiri dalam urusan promosi dan juga penjenamaan sesebuah perniagaan tersebut atau dikenali sebagai pengiklanan.
Bagaimana sesebuah perniagaan itu ingin mengiklankan perniagaan mereka?
1. Perbincangan di antara klien dan ajensi pengiklanan akan dijalankan. Ajensi pengiklanan akan mengambil maklumat sebanyak mungkin seperti info perniagaan, produk, target pelanggan klien, sasaran jualan, kelebihan produk atau kelemahan perniagaan klien, dan yang paling penting bajet klien tersebut.
2. Ajensi pengiklanan akan membuat perbincangan dalaman untuk merangka kempen pengiklanan klien di media-media seperti tv, radio, akhbar, majalah atau billboard yang sesuai untuk kempen pengiklanan klien.
3. Perbincangan kedua akan dijalankan antara klien dan ajensi pengiklanan. Ajensi pengiklanan akan membentangkan strategi-strategi kempen kepada klien.
4. Klien akan membuat keputusan untuk meneruskan kempen tersebut jika mereka bersetuju dengan bajet dan strategi-strategi yang telah dibentangkan.
5. Ajensi pengiklanan akan membuat media booking untuk diserahkan kepada media owner yang terlibat mengikut rangka kempen yang telah dipersetujui oleh klien.
6. Invoice akan dihantar kepada pihak klien untuk proses pembayaran.
7. Pembayaran oleh klien dibuat untuk menempah slot-slot di media-media berkaitan mengikut kempen yang akan dijalankan.
8. Ajensi pengiklanan akan bekerjasama dengan pihak scriptwriter, designer, untuk menghasilkan skrip, artwork atau copywriting yang sesuai untuk kempen iklan klien.
9. Perbincangan terakhir dengan pihak klien sebelum kempen iklan dijalankan.
10. Kempen pengiklanan klien bermula di media media terlibat samada di tv, radio, akhbar, majalah, suratkhabar, billboard, bas, cinema, lrt dan banyak lagi.
Untuk pertanyaan lanjut mengeai pengiklanan dengan kami, sila hubungi Adville Sdn Bhd di 013-2873007.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Last beautiful Saturday morning we were at client's Zumba event in Taman Metropolitan Kepong for photoshoot session for a write-up...

No comments:
Post a Comment